Friday 7 December 2012

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama A menyepi dari dunia blogger, pagi ini A terasa seperti ingin menulis semula. Banyak cerita, banyak kisah, banyak pengalaman, banyak kenangan yang A tempuhi sepanjang tahun ini. (terutamanya dihujung2 tahun). Segala kedukaan, segala kegembiraan, segala kesakitan... A terpaksa tanggung sendiri. Terasa hati ingin terus bersabar, ingin terus bertahan... tetapi sampai bila??? 

Adakah selama-lamanya A kena mengenepikan hati dan perasaan A semata-mata ingin melihat orang lain bahagia, senang selamanya. Bagaimana pula dengan A??? Tiada!!! Tiada yang kisah tentang A. A seorang diri. A tak ada sesiapa. A nak luahkan rasa hati ini, kesakitan ini kepada siapa??? 

Benar! A masih ada Allah. Allah sentiasa mendengar luahan hati hamba-hambanya. Tetapi.... A perlukan seseorang yang dapat berinteraksi dengan A. Memahami masalah A. Mendengar luahan A. 

Tak ada! Walau seorang sekalipun. 

Kesakitan yang A alami, A tanggung seorang diri. A pendam seorang diri. 

TOLONG!!!! Sesiapa bantulah A!!!!

A.N 
 db

Sunday 15 July 2012

DUHAI HATI

Duhai hati
Bersabarlah engkau
Bertenanglah engkau


Duhai hati
Setiap detik yang dilalui
Pahatkanlah ia bersama 
Dijiwa ini


Duhai hati
Setiap kesakitan yang ditempuhi
Sematkanlah ia bersama
Di setiap pelosok diri ini


Duhai hati
Janganlah kau mudah berubah
Janganlah kau mudah beralih dari diri ini


Duhai hati
Ingatkah kau
Janji kita 
Untuk terus kekal bersama


Duhai hati
Akan tiba saat itu
Untuk kita kecapi bersama



Duhai hati
Teruskanlah bersabar
Hingga ke akhirnya
Hingga kita bersama-sama kecapi
IMPIAN KITA!!!


Duhai hati
Terima kasih kerana setia bersamaku
SELAMANYA.