Thursday 1 December 2011

ISTIKHARAH CINTA, EP 7

            Adrina termenung di hadapan meja solek. Hari itu dia akan menemani Atiah ke majlis reunion bekas pelajar sekolah rendah mereka. Hatinya ragu-ragu untuk menemani teman baiknya itu. Perasaannya masih tidak senang selepas diserang oleh Puan Marina tempoh hari. Kejadian dia ditampar dan dihalau keluar rumah masih tidak luput dari ingatannya. Perit tamparan Puan Marina di pipinya masih terasa pedihnya.
            Semalaman Adrina berkampung dirumah keluarga Atiah. Kebenaran ingin dia cari. Pada malam itu juga, Atiah menceritakan segala-galanya. Terjawab juga mengapa dia tidak dapat mengingati zaman kecilnya. Walaupun dia masih tidak dapat mengingati peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya dan arwah Emira, dan sudah berulangkali Atiah mengingatinya bahawa bukan salahnya kemalangan tersebut berlaku, dia tetap berasa bersalah kerana telah menyebabkan seorang ibu mengalami tekanan perasaan kerana kehilangan anaknya.
            Adrina tersedar dari lamunannya apabila telefon bimbitnya bergetar. Satu mesej dari Atiah diterimanya. Dia segera membetulkan tudung dikepalanya apabila Atiah memintanya segera mengambilnya dirumah. Malam itu, Adrina hanya mengenakan kebaya singkat berwarna hitam dan tudung putih bercorak bunga ros hitam. Kebetulan pula, tema kali ini adalah berwarna hitam.
            “Mak uda, Rina pergi dulu. Nak ambil Ati kat rumah dia,” ujarnya apabila bertembung dengan Mak Uda di ruang tamu.
            “Hati-hati Rina bawa kereta tu. Balik tu jangan sampai lewat malam.” Pesan Hamimah. Adrina hanya tersenyum. Dia segera menyalami ibu tirinya sebelum melangkah keluar.
            Hamimah memandang belakang kereta anak tirinya yang mula bergerak meninggalkan halaman rumah. Semoga kau tabah hadapi dugaan hidup ini, anakku, bisik hatinya. Dia segera menutup pintu hadapan.
            “Kenapa you nampak tak bersemangat malam ni?” Mellisa memandang Emir Akmal di sebelahnya.
            “Tak ada apa-apalah. I okey aje.” Emir Akmal menjawab sambil lewa.
            Malam itu mereka menghadiri majlis reunion bersama-sama bekas pelajar sekolah rendah mereka yang kebanyakan ahlinya adalah dari pelajar-pelajar yang menuntut sama tahun dengan mereka. Majlis tersebut diadakan di dewan Hotel Katerina. Emir Akmal memandang sekeliling dewan tersebut. Hampir separuh meja yang disediakan penuh dengan para tetamu. Nampaknya tahun ni kehadiran tetamu memberangsangkan, bisiknya. Dia mengeluh tiba-tiba. Mellisa memandangnya dengan wajah yang aneh.
            “Mir, you ni kenapa. Sebelum ni bukan main bersemangat lagi nak datang majlis ni. Sekarang you nampak tak bersemangat seperti selalu. What’s wrong with you?” Tanya Mellisa bertalu-talu.
            “I’m sorry Mel. I cuma rasa lain hari ni. I ingat nak baliklah.”
            “Mir, majlis dah nak mula. Takkan you nak tinggalkan I seorang diri kat sini. Please. Mir. Jangan macam ni. Chill, ok.”        Mellisa segera memegang tangan Emir Akmal.
            “Hei Mir. Kau apa khabar,” sapa satu suara tiba-tiba. Mereka segera menoleh. Seorang lelaki berwajah seperti kacukan Cina berdiri dihadapannya sambil diapit seorang perempuan yang agak seksi. Emir Akmal segera bangun dan memeluk lelaki tersebut.
            “Fahrin. Akhirnya kita bertemu kembali. Aku macam nilah. Kau apa khabar. Aku dengar kau sekarang tinggal di Australia. Bila balik sini?” Soalnya bertalu-talu.
            “Masih macam dulu. Bila bertanya mesti bertalu-talu. Hahaha... aku sama macam yang kau lihat sekarang ni. Dan untuk pengetahuan kau, aku dah tak tinggal kat negara kanggaro tu lagi. Dah dua tahun aku balik sini.” Ujar Fahrin sambil menumbuk lembut bahu sahabatnya.
            “Dah dua tahun kau balik baru sekarang kau munculkan diri. Tak guna punya kawan. Siapa sebelah kau ni. Orang rumah ke,” usik Emir Akmal.
            “Hohoho... I’m still single, okey. Kau macam tak kenal aku macam mana. Macam biasalah...” bisiknya ke telinga Emir Akmal.
            Emir Akmal hanya menganggukkan kepala. Siapa yang tidak mengenali Fahrin si playboy kampung. Sejak kecil lagi, perangai hidung belangnya sudah terserlah. Ramai pelajar perempuan yang pernah menjadi mainan perasaannya. Apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, perangainya yang suka memainkan perasaan perempuan mula surut. Tetapi apabila masing-masing sudah melangkah ke menara gading, perangai sahabatnya yang berhidung belang itu kembali menggila.
            “Mir, siapa sebelah kau ni,” bisik Fahrin sambil matanya memandang tepat ke arah Mellisa.
            “Hohoho... yang ni kau tak boleh usik. Yang ni aku punya. Kau tak cam ke, serius?”
            Fahrin mengerutkan dahinya sambil matanya memandang ke arah Mellisa yang sudah tersengih-sengih di hadapannya.
            “Kau tak kenal aku ke, Fahrin. Playboy macam kau takkan dah lupa budak-budak perempuan sama kelas dengan kau dulu,” perli Mellisa sambil tertawa kecil.
            “Kau... Mel...Mellisa, betul ke?” ujar Fahrin tidak yakin.
            “Betullah tu. Kau ni nama aje playboy, awek comel macam aku pun tak ingat, hahaha...” Mellisa masih dengan sisa ketawanya. Emir Akmal menegurnya dengan menyenggolkan bahunya.
            “Sumpah aku tak cam kau. Makin cantik kau sekarang ni. Jadi sekarang ni kau dengan Emir ada apa-apa lah ni,” usik Fahrin pula.
            “Melepaslah aku nampaknya. Hahaha...”
            Emir Akmal menunjukkan penumbuknya kepada Fahrin sambil tertawa besar. Seketika dia rasa seperti baru bebas dari kurungan yang membelenggunya. Dia berasa sangat selesa dan bersemangat tiba-tiba. Mungkin kerana bertemu semula dengan sahabat baik ketika kecil. Selepas berbual panjang, Fahrin dan pasangannya mula meninggalkan Emir Akmal dan Mellisa untuk bersapa dengan rakan sekelas yang lain.
            “Nampknya you dah kembali ceria.” Ujar Mellisa sebaik sahaja mereka duduk semula di tempat mereka. Emir Akmal melemparkan senyuman mesra kepada Mellisa.
            “Nampaknya meja kita ni belum cukup orang ni. Siapa lagi yang belum datang?” Tanya Mellisa sambil matanya melilau memandang sekeliling. Tiba-tiba dia melambaikan tangannya.
            “Kamal!” sahutnya.
            Di pintu masuk dewan, kelihatan Kamal segak berdiri bersama isteri dan anaknya. Kamal menuju ke arah mereka berdua.
            “Lambatnya penaja kita sampai. Tetamu dah lama tunggu.” Ujar Emir Akmal sambil tersengih. Kamal segera mengambil tempat.
            “Maaflah. Orang rumah aku ni lama sangat bersiap, hahaha.” Ujarnya sambil melirikkan matanya ke arah isterinya yang menguruskan anak mereka.
            “ Wah kau orang, malam ni nampak sedondon.” Usik Kamal. Emir Akmal dan Mellisa hanya tersipu-sipu sahaja.
            “Ohya, sebelum aku masuk tadi, adalah terserempak dengan Ati dekat kaunter depan,” terang Kamal. Emir Akmal memandang sekeliling mencari saudaranya itu. Atiah juga sama seperti Kamal, mempunyai pertalian persaudaraan disebelah Hajah Asiah.
            “Mana dia?”
            “Dia tunggu kawan dia parking kereta. Aku pesan dekat dia nanti duduk semeja dengan kita. Kejap lagi sampailah tu,” balas Kamal.
            “Ati tak datang dengan husband dia ke?” tanya Mellisa.
            “Ati cakap, suami dia pergi JB. Ada seminar katanya,” terang Kamal lagi. Mellisa hanya menganggukkan kepalanya.
            “Ha, tu dia dah sampai. Ati, sini!” Kamal memanggil.
            Atiah memandang ke arah mereka. Dia segera menuju ke arah mereka. Adrina dibelakang hanya mengekori sahaja langkah Atiah. Tiba-tiba dadanya terasa berdebar. Degupan antungnya seperti bergerak dengan lalu, dan bila-bila masa sahaja boleh tercabut keluar.
            “Sorry lah, aku lewat. Hai Mel, cantiknya dress kau malam ni. Sedondon tu dengan Amal,” usik Atiah sambil mengenyitkan mata.
            “Hahaha, kau macam dulu jugak. Suka nak sakat aku, kan Mir.” Ujar Mellisa sambil memandang Emir Akmal.
            Emir Akmal tergaman melihat Adrina yang sedang berdiri dihadapannya. Kedua-duanya saling terpegun. Atiah yang perasan akan lirik mata Mellisa yang mula menusuk ke arah Adrina segera menepuk bahu sahabatnya itu. Adrina tersentak.
            “Korang tak kenal ke siapa ni?” ujar Atiah berteka-teki. Semuanya menggelengkan kepala dan memandang ke arah Adrina. Adrina mula berasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi apabila pandangan Emir Akmal masih ke arahnya.
            “Ni Rina lah, Adrina binti Halim. You all tak ingat ke, Rina chubby masuk dalam parit depan sekolah,” ujar Atiah galak. Adrina menyenggol bahu Atiah tanda protes. Malunya bila tiada sesiapa yang mengingatiku. Tapi aku juga tidak mengingati wajah-wajah asing ini, bisik hatinya.
            Tiba-tiba Emir Akmal berdiri. Matanya tajam memandang Adrina. Badannya terasa berbahang. Wajah lembut dihadapannya itu tidak mampu menyejukkan hatinya yang sudah membara dikala itu. Adrina terkejut apabila melihat Emir Akmal yang tiba-tiba sahaja berdiri. Pandangan matanya yang tajam membuatkan Adrina berasa gerun. Tiba-tiba Emir Akmal menghulurkan tangannya.
            “Rina... aku ingat sekarang. Rina yang jatuh dalam parit depan sekolah. Aku yang bawa kau ke klinik ayah aku. Kau kenal lagi orang yang tolong kau masa tu,” ujar Emir Akmal bersama senyuman yang ramah. Huluran tangannya tidak bersambut. Adrina menggelengkan kepala.
            “Maaf. Saya tak kenal siapa awak. Maksud saya... saya tak ingat siapa awak, siapa mereka yang berada disini. Saya minta maaf.” Adrina membalas dengan lembut. Dia segera melarikan pandangan matanya apabila Emir Akmal kembali merenungnya. Suasana menjadi sunyi di meja mereka. Tiba-tiba Kamal bersuara.
            “Kenapa kau tak pelawa diorang duduk, Mal. Ati dan Rina, silakan duduk. Takkan nak berdiri sampai majlis habis pulakkan,” guraunya.
            “Haahlah. Apalah korang ni. Aku dah lama berdiri, tak ada seorang pun yang nak pelawa kami duduk. Rina duduk sini.” Ujar Atiah sambil tertawa besar. Dia segera mengambil tempat disebelah isteri Kamal. Hanya tinggal satu tempat kosong di sebelah Emir Akmal.
            “Silakan.” Emir Akmal mempelawa. Dia segera duduk di tempat asalnya.
            Adrina mengambil tempatnya. Saat itu dia bertentang mata dengan seorang wanita cantik yang duduk di sebelah kanan Emir Akmal, Mellisa. Adrina segera melemparkan senyuman. Alangkah terkejutnya dia apabila Mellisa hanya membalasnya dengan jelingan tajam dan segera memalingkan mukanya. Hati Adrina sedikit terguris dengan pandangan tersebut. Kau ingat aku nak sangat ke datang sini. Kalau bukan sebab Ati, aku tak ingin nak jumpa semula dengan orang macam korang. Sorang dah lah asyik pandang aku semacam, sorang lagi nak jeling aku pulak. Aku yang dulu ada hutang dengan korang ke. Kalau ada cakap aje, tak payah nak buat muka macam tu. Macamlah kau sorang yang lawa kat sini, bentak hatinya seorang diri. Adrina segera bermain-main dengan makanan dihadapannya sambil  bersungut di dalam hati. Melepaskan apa yang terbuku di hati. Perbuatannya itu diperhatikan oleh sepasang mata yang tajam merenungnya. Seribu satu kebencian tersirat dibalik mata yang tajam itu.

No comments:

Post a Comment